WawaVille, Fashion & Beauty Studio : Where Pastel Platte Meets Bold Fashion.

WawaVille platform buat jenama tempatan mempamerkan fesyen rekaan secara exclusive. 

Terletak di Bandar Baru Lembah Sireh, hanya 100 meter dari Tesco Lembah Sireh dan 200 meter Aeon Mall Kota Bharu menjadikan kami berada di  lokasi yang sangat strategik.  WawaVille menarik minat warga kota dan juga tumpuan kejiranan Terengganu serta Thailand yang sentiasa mengikuti fesyen-fesyen terkini. 

Berkonsepkan Country Cottage style, WawaVille tampil dengan imej mewah dan versetile di sajikan dengan alunan muzik sebagai halwa telinga menyambut kehadiran pengunjung dan memberikan satu suasana yang tenang dan santai sambil mencuci mata di setiap ruangan yang disediakan.

Terbahagi kepada 3 bahagian,  Wanita,  Lelaki dan juga kanak-kanak, WawaVille hanya meletakkan koleksi jenama tempatan yang terpilih untuk di persembahkan kepada pengunjung agar kami mampu menjadi satu lokasi membeli belah yang mesra penguna, exclusive dan ternama agar dapat menjaga nama dan branding rakan rakan niaga kami. 

Tidak hanya bergantung kepada pelanggan tempatan, WawaVille juga meneraju pasaran atas talian menerusi website dan juga media social seiiring dengan kehendak pasaran dan era semasa.  

Dengan kehadiran jenama jenama terkenal tempatan seperti Myrra Karim Exclusive khasnya  sebagai keluarga kami, ianya dapat mewarnai industri fesyen di Pantai Timur amnya dan Malaysia khasnya.

Semoga dengan kerjasama yang bakal terjalin kelak dapat memberikan manfaat dan keuntungan bersama serta mampu membawa rakan niaga kami berada lebih dekat dengan pelanggan di sekitar Pantai Timur.